Tahan pengemis Bajau Laut untuk siasatan, belum denda RM10,000


Pihak polis menafikan mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada sembilan wanita Bajau Laut kerana tidak memakai pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu memberitahu Malaysiakini, kompaun hanya dikenakan terhadap warganegara Malaysia, tetapi berkata polis sedang menyiasat wanita tersebut.

Masyarakat Bajau Laut juga dikenali sebagai suku Pala’uh merupakan komuniti tanpa kerakyatan.

“Memandangkan sembilan pengemis berstatus stateless, maka kertas siasatan juga perlu dirujuk kepada Pejabat DPP untuk menerima arahan tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, dua media Sabah melaporkan wanita berkenaan dikompaun RM10,000 sehingga mencetuskan perbahasan di media sosial terhadap dakwaan hukuman yang dikenakan kepada pengemis tersebut.

Mereka yang ditahan semalam berumur antara 17 ke 41 tahun, bersama 25 kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Penangkapan dibuat ketika mereka meminta sedekah di dua lokasi di kawasan lampu isyarat di sekitar Bandar Lahad Datu dan Bandar Sri Perdana.

Dalam kenyataan berhubung penahanan itu, Rohan berkata kes terbabit disiasat atas kesalahan tidak memakai pelitup muka dan berkumpul tanpa ada penjarakan fizikal.

Jika sabit kesalahan, katanya boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Sembilan wanita itu turut disiasat bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) kerana menggunakan kanak-kanak untuk mengemis.

Rohan berkata masyarakat Bajau Laut silihat mencabar undang-undang sedia ada dengan berlindung atas status tanpa kerakyatan (stateless), meskipun ia boleh mengakibatkan penularan wabak Covid-19 di kalangan warga tempatan. 



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *