Suspek bunuh, sorok mayat bawah katil direman


Seorang suspek wanita warga Indonesia yang disyaki membunuh rakan senegaranya di tingkat dua sebuah pangsapuri di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, di Kuala Lumpur, pada Isnin lepas, direman selama enam hari.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata, suspek berusia 39 tahun itu direman sehingga Isnin depan, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Mengulas mengenai sama ada suspek ada menggunakan sebarang senjata dalam kes itu, beliau berkata pihaknya tidak menemui sebarang senjata digunakan.

“Setakat ini, masih tiada lagi pengakuan mengenai senjata digunakan suspek,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, seorang mayat wanita yang merupakan penjual kuih, telah ditemukan mayatnya disorok di bawah katil suspek yang juga merupakan seorang pembuat kuih.

Motif pembunuhan itu, adalah suspek mempunyai masalah kewangan dan mangsa memakai barangan kemas yang banyak, dipercayai suspek terdesak sehingga melakukan perbuatan sedemikian.

– Bernama



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *