SPRM tahan ‘Datuk Seri’ kes rasuah RM300,000


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM300,000 daripada seorang individu kononnya bagi membantu melepaskan 22 warga China yang ditahan di depoh Imigresen.

Sumber SPRM berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8.00 malam di Pejabat SPRM Selangor, hari ini.

Katanya suspek mendakwa boleh membantu menyelesaikan kes penahanan 22 warga China yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket judi dalam talian dan Macau scam baru-baru ini.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok bagi permohonan reman.

Sementara itu Pengarah SPRM Selangor Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

– Bernama



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *