Segerakan RUU gangguan seksual, kata NGO Wanita


Kumpulan hak wanita All Women’s Action Society (Awam) menggesa kerajaan membentangkan segera Rang Undang-undang (RUU) berkaitan gangguan seksual.

Sebelum ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjangkakan RUU itu akan siap pada penghujung bulan lalu, tetapi sehingga kini statusnya masih tidak diketahui.

Menurut Pegawai Maklumat dan Informasi Awam Tan Chia Ee, RUU itu perlu dipercepatkan kerana berlakunya peningkatan ketara kes gangguan seksual pada tahun lalu sehingga sebanyak 893.8 peratus.

“Lebih ramai orang melayari Internet semasa pandemik, kes (gangguan atas talian ) juga sekali gus meningkat,” katanya.

Pada tahun 2020, Awam menerima sebanyak 159 kes gangguan seksual berbanding 16 kes pada tahun 2019.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *