Remaja cuba terjun jejambat lepas ditegur asyik layan permainan video


Sering ditegur kerana kerap bermain permainan video di telefon bimbit dikatakan menjadi punca seorang remaja perempuan cuba terjun dari jejambat di Kilometer 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Tinggi, Bentong, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata difahamkan remaja berusia 16 tahun itu yang sedang menjalani rawatan kemurungan dan tidak berpuas hati apabila peranti tersebut dirampas bapanya.

Polis, menurut Zaiham, menerima panggilan daripada orang awam yang melihat remaja itu meniti jejambat tersebut kira-kira jam 2.15 petang dan pasukan polis yang dikejarkan ke situ melihat dia berada dalam keadaan tidak stabil.

“Polis cuba memujuk remaja itu untuk turun namun tidak dihiraukan.

“Sebaik sahaja berpeluang, Ketua Balai Balai Bukit Tinggi Sarjan Mejar Maznan Omar menarik remaja tersebut dari belakang sebelum anggota lain membantu memegang mangsa bagi menyelamatkannya,” kata Zaiham menerusi kenyataan hari ini.

Zaiham berkata mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Bernama



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *