Polis rekod keterangan Anwar


Polis merakam keterangan Presiden PKR, Anwar Ibrahim berhubung siasatan terhadap kenyataan bersama yang dikeluarkan Majlis Presiden Pakatan Harapan bulan lalu.

Peguamnya Ramkarpal Singh berkata, polis merekod keterangan daripada Anwar di ibu pejabat PKR sekitar jam 3.30 petang hari ini.

“Siasatan tersebut berkaitan dengan kenyataan rasmi Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bertarikh 12 Jan 2021,” kata Ramkarpal dalam satu kenyataan.

Polis juga telah menghubungi Lim untuk merakam kenyataannya berhubung isu yang sama.

Lim dijadualkan menemui polis di ibu pejabat polis daerah Timur Laut di Pulau Pinang pada Rabu lalu tetapi ditangguhkan ke tarikh lain.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 12 Januari,  PH menolak keputusan kerajaaan mengisytiharkan darurat di seluruh negara.

Pemimpin PH menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak berselindung di sebalik Covid-19 dengan mengisytiharkan darurat di seluruh negara ketika dia kehilangan sokongan mayoriti di Dewan Rakyat.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *