PM, isteri berpeluang masuk Kaabah


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menunaikan Umrah di Makkah, Sabtu, (Ahad di Malaysia), diberi peluang memasuki Kaabah.

Isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut bersama menunaikan Umrah hari ini.

Muhyiddin berada di Arab Saudi bagi lawatan rasmi empat hari bermula semalam atas undangan Raja Arab Saudi dan penjaga dua masjid suci Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Perdana Menteri dan isteri selesai menunaikan Umrah pada pukul 10 malam, Sabtu (3.00 pagi Ahad waktu Malaysia).

– Bernama



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *