Peguam bimbang ordinan perangi ‘berita palsu’


Beberapa peguam menyuarakan keresahan mereka mengenai ordinan baru dalam memerangi “berita palsu” dengan isu utama yang dibangkitkan adalah tafsiran “palsu” itu sendiri.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, kata kunci “berita palsu”, seperti yang dinyatakan dalam ordinan tersebut, terlalu umum dan harus dibuktikan sebagai berita palsu di mahkamah.

“Palsu ni adalah suatu perkara yang mana kenyataan palsu ni sepatutnya dibuktikan di mahkamah sama ada palsu dari segi fakta atau tak, tapi kalau ada pendapat yang diberi tak dipersetujui oleh kerajaan, adakah mahkamah akan terima pendapat itu sebagai palsu? Itu adalah pendapat.

“Jadi, biarlah diputuskan bagaimana mahkamah akan tangani isu tersebut,” kata Haniff dalam satu kenyataan.

Haniff berkata mahkamah perlu lebih berhati-hati ketika mempertimbangkan permohonan ex-parte memandangkan individu yang didakwa menyebarkan berita palsu tidak diwakili.

“Jadi mahkamah perlu lebih aktif dan tanya soalan-soalan lebih relevan untuk sahkan kenyataan itu palsu atau tidak. 

“Kalau tak, akan ada situasi di mana pihak-pihak yang memohon dapat perintah yang tak berasas,” katanya.

Sehubungan itu, Haniff mempersoal apakah perintah ex-parte akan disahkan oleh inter parte.

“Saya percaya perintah ex-parte sentiasa wujud untuk tempoh tertentu dan perlu kemudian disahkan oleh inter parte,” katanya.

“Dan yang lebih menarik dan bermasalah di sini kalau kerajaan yang pohon perintah ex-parte di situ, maka pihak yang disaman tak oleh buat permohonan untuk membatalkan ex-parte tersebut. Cuma ex-parte individu biasa saja boleh dimohon untuk dibatalkan dalam masa 14 hari.

“Ini agak drakonian. Sangat sukar nak berikan komen lanjut mengenai perkara ini, tapi kita akan tunggu dan lihat untuk menilai bagaimana mahkamah guna pakai peruntukan ini,” tambah Haniff.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *