Najib terima suntikan vaksin hari ini


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima suntikan vaksin COVID-19 di sebuah pusat kesihatan.

Menurut perkongsian terbaharu di laman Facebook hari ini, beliau memuat naik gambar dan video berdurasi 42 saat proses suntikan itu.

Bagaimanapun, Najib tidak memaklumkan jenis vaksin yang diterima beliau iaitu sama ada Comirnaty oleh Pfizer-bioNTech atau Sinovac dari China.

“Saya sudah divaksin. Setakat ini okey. Terima kasih kepada doktor, jururawat dan pembantu kesihatan tadi. Semoga pelaksanaan vaksinasi dipercepatkan juga untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, beliau pernah meluahkan hasrat untuk disuntik dengan vaksin Sinovac selepas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin menjadi individu pertama menerima vaksin itu.

Terdahulu, Khairy dilaporkan berkata Najib telah membatalkan janji temu suntikan vaksin yang ditetapkan pada 6 Mac lepas.

Bagaimanapun, Najib menjelaskan bahawa tindakan itu adalah kerana ingin memberi laluan kepada petugas barisan hadapan untuk menerima suntikan tersebut terlebih dahulu.

– Bernama



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *