MOT pertahan keputusan beli 10 set ETS melalui rundingan terus


Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) berkata, keputusan untuk membeli 10 set (enam gerabak) Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) adalah menerusi rundingan terus dengan vendor.

Menerusi satu kenyataan hari ini, MOT berkata proses tender terbuka dibuat bermula 23 Jan dan menerima tiga bidaan.

Namun pada 23 Jun 2020, ketiga-tiga petender tidak mencapai markah lulus bagi penilaian kewangan dan teknikal oleh Lembaga Perolehan kerana tidak mencapai kriteria yang ditetapkan.

Susulan itu, kerajaan meneruskan rundingan dengan vendor yang tidak diberikan maklumat terpeinci oleh kerajaan.

“Proses tender semula akan mengambil masa dan kesukaran mendapat syarikat yang berdaftar di bawah kategori pembuatan tren,” katanya lagi.

Jelas MOT, pihak yang meluluskan perolehan secara rundingan terus adalah kementerian kewangan Malaysia (MOE).

Berdasarkan keputusan pada 23 Jan lalu, tiga bidaan diterima membabitkan nilai RM615.3 juta, RM533.4 juta dan RM456 juta.

Seperti protokol kerajaan, tidak ada pembida dinamakan ketika penerimaan bidaan direkodkan.

Secara kebetulan, nilai kontrak yang dirunding adalah RM456 juta – iaitu bidaan  terendah yang dicatatkan.

MOT juga tidak menamakan syarikat yang dianugerahkan tender tersebut. Malaysiakini sedang dapatkan penjelasan lanjut daripada kementerian berkenaan.

Kenyataan hari ini merujuk portal Sabahkini2, yang melaporkan beberapa dakwaan ke atas Ketua Setiausaha MOT, Isham Ishak.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *