Maklumkan Jabatan Kesihatan jika terlepas janji temu vaksinasi


Orang ramai perlu memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan jika mereka tidak dapat memenuhi janji temu untuk suntikan vaksinasi Covid-19 kedua mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata, mereka terbabit boleh meminta penjadualan semula vaksinasi mereka bila-bila masa dalam tempoh 40 hari selepas dos pertama mereka.

“Jika anda terlepas janji temu untuk vaksinasi anda, anda perlu memaklumkan kepada jabatan untuk penjadualan semula. Di United Kingdom, dos kedua diambil dalam tempoh dua bulan selepas dos pertama,” katanya pada Program Prihatin Malaysia di Machan hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab cadangan daripada seorang pemimpin tempatan Pemanca Lawrence Malaka yang telah meminta agar penduduk di luar bandar diberikan vaksinasi satu dos.

Lawrence berkata, disebabkan kekangan yang dihadapi penduduk luar bandar, mereka mungkin akan terlepas janji temu vaksinasi mereka seperti yang biasa berlaku dengan janji temu biasa di hospital.

Aaron berkata, pada masa ini kesemua vaksin yang dibeli kerajaan adalah dari dua dos.

Beliau berkata vaksin satu dos pada masa ini adalah JNJ-78436735 dikeluarkan Janssen Pharmaceuticals Companies of Johnson & Johnson yang dilaporan sebagai mempunyai kadar keberkesanan 66.3 peratus dalam ujian klinikal.

Aaron yang juga Ahli Parlimen Kanowit berkata, pengumuman peruntukan RM10 juta untuk dana kecederaan akibat vaksin Covid-19 bagi memberikan pampasan kepada individu yang mungkin menghadapi kesan sampingan akibat daripada vaksinasi berkata, kerajaan amat yakin dengan vaksinasi yang ada.

“Penerima suntikan vaksinasi yang menghidapi kesan sampingan yang teruk yang memerlukan rawatan lama di hospital akan menerima RM50,000, manakala mereka yang mengalami kecacatan kekal atau kematian akan menerima RM500,000,” katanya.

Beliau berkata, pakej stimulus Pemerkasa yang diumumkan Perdana Menteri  Muhyiddin Yassin, merupakan pakej stimulus terkini bagi pemulihan ekonomi dalam negara, merupakan satu lagi bukti yang kerajaan masa kini amat menjaga keperluan masyarakat.

Bernama



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *