KJ mahu vaksin selain Pfizer untuk tambah keyakinan orang ramai


Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan bahawa dia tidak akan mengambil vaksin Pfizer-BioNTecha untuk meyakinkan orang ramai bahawa vaksin lain juga berkesan.

Kata Khairy, dia akan menjadi orang pertama yang mengambil vaksin seterusnya yang diluluskan Badang pengawalseliaan Farmasi Negara (NPRA).

Jelas Khairy, ini kerana orang ramai sudah yakin dengan Pfizer yang diberikan kepada perdana menteri, menteri, ketua pengarah kesihatan dan petugas baris depan.

“Jadi rakyat sudah semakin yakin dgn Pfizer, sebab perdana menteri, menteri pertahananan pun dah ambil, tiada apa-apa kesan sampingan. Sekarang rakyat tanya pemimpin semua ni mengambil Pfizer, barang baik, yang lain-lain ni semua (dikatakan) untuk rakyat biasa saja.

“Jadi saya dah buat keputusan semalam, saya akan ambil vaksin yang akan diluluskan seterusnya. 

“Apa saja vaksin yang akan diluluskan seterusnya saya orang pertama ambil. Kalau Sinovac, Sinovac, kalau dari Rusia, Rusia, kalau Asrtrazeneca, Astrazeneca. Saya tak akan ambil vaccine Pfizer. 

“Bukan sebab Pfizer tak bagus, Pfizer selamat dan terbukti, tapi biarlah ada juga daripada barisan beri contoh ambil vaksin (lain) yang akan datang,” katanya pada sidang media di MASKargo setelah negara menerima kumpulan pertama Sinovac 200 liter hari ini.

[Laporan penuh menyusul]



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *