Kerajaan mungkin lanjutkan kempen HOC hingga Dis 2021


Kerajaan sedang meneliti kemungkinan untuk melanjutkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sehingga hujung tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata dia telah memohon kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk melanjutkan kempen itu.

“Bagaimanapun MOF (kementerian kewangan) mungkin mengkaji semula syarat-syaratnya dan akan sedikit berbeza daripada yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Hartanah Terurus dan Lestari Terbaik Malaysia 2021 di Kuala Lumpur malam tadi.

Zuraida juga berkata sehingga 28 Feb lalu sejumlah 34,354 unit rumah dengan nilai RM25.6 bilion berjaya dijual sepanjang kempen HOC 2020-2021 dengan nilai diskaun yang diberikan sebanyak RM4.3 bilion.

HOC 2020 dilaksanakan dengan pengecualian duti setem dan potongan diskaun sebanyak 10 peratus diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli rumah berharga RM300,000 hingga RM2.5 juta.

Bernama



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *