Kelulusan bersyarat NPRA terhadap AstraZeneca ‘sangat meyakinkan’


Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memberi jaminan yang kelulusan bersyarat oleh Badan Pengawas Farmaseutikal Negara (NPRA) terhadap vaksin AstraZeneca adalah “sangat meyakinkan”.

“Pendirian kita adalah setiap vaksin yang dibawa masuk perlu melalui NPRA.

“Walaupun kelulusan bersyarat diberikan kepada AstraZeneca dan Sinovac, kami tetap memantau keselamatan vaksin ini. Keutamaan kita adalah keselamatan.

“Kelulusan bersyarat yang diberikan NPRA sangat meyakinkan dan kita akan terus memberi vaksin yang telah menerima kelulusan bersyarat daripada NPRA,” katanya.

Dia berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, berhubung perkembagan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Terdahulu, ada laporan di Austria tentang seorang wanita yang meninggal dunia akibat masalah penggumpalan darah yang teruk (severe coagulation disorder) setelah menerima suntukan vaksin AstraZeneca dan seorang lagi mengalami embolisme pulmonari, juga setelah menerima suntikan.

Pihak berkuaa Austria mengatakan tiada bukti kaitan sebab akibat antara kejadian itu dengan vaksin.

Dalam sidang media hari ini, Adham turut menyatakan kerajaan telah memutuskan untuk melibatkan doktor di hospital swasta dalam program imunisasi.

“Ini akan memaksimumkan dan meluaskan akses vaksin kepada rakyat,” katanya.

Doktor dalam sektor itu akan terlibat dalam Fasa 2, yang dijadual bermula bulan depan, serta Fasa 3 pada Mei.

Adham juga berkata, Kementerian Kesihatan telah melantik ProtectHealth Corporation Sdn Bhd untuk melaksanakan rancangan itu.

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd diperbadankan pada 2016 dan merupakan subsidiari milik penuh ProtectHealth Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan.

Doktor swasta yang berminat untuk program itu boleh mendaftar di laman web ProtectHealth bermula 9 Mac ini.

Adham turut mengingatkan mereka yang belum menerima dua dos vaksin Covid-19 untuk terus mengamalkan “norma baru”.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *