Kebakaran di Pasar Datuk Keramat bukan sebab sabotaj


Kebakaran lebih 40 kedai di Pasar Datuk Keramat di Kuala Lumpur petang semalam tiada unsur sabotaj, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Nordin Pauzi.

Nordin berkata pihaknya tidak menemui sebarang faktor yang boleh membawa kepada perbuatan sabotaj seperti yang didakwa segelintir pihak di media sosial.

“Api merebak dengan begitu pantas kerana bahan binaan gerai berkenaan terdiri daripada kayu. Selain itu, punca awal kebakaran dipercayai daripada elektrik namun siasatan terperinci masih dijalankan bersama pihak Tenaga Nasional Berhad bagi mengetahui punca sebenar kebakaran,” katanya kepada Bernama hari ini.

Tinjauan Bernama di pasar itu hari ini mendapati peniaga yang terjejas akibat kebakaran sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di premis masing-masing.

Selain itu, terdapat peniaga yang kelihatan sibuk mengisi borang tuntutan kerugian premis untuk diserah kepada wakil Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan bagi tindakan selanjutnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Semalam, lebih 40 kedai di Pasar Datuk Keramat terbakar namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Bernama



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *