Amaran cuaca buruk, waspada di beberapa negeri


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat, yang dijangka berterusan di beberapa kawasan di Pahang sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan kawasan yang dijangka terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Sementara itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat sehingga esok turut dikeluarkan bagi beberapa negeri termasuk Terengganu (Kemaman), Pahang (Maran) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi)

– Bernama



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *